PELAKON Timothée Chalamet merupakan teraju utama filem 'Wonka' yang bakal ditayangkan Disember ini.

Filem Wonka merupakan prekuel bagi filem 'Charlie and The Chocolate Factory' yang ditayangkan pada 1971 dan dibintangi Jean Wilder sebelum ini.

Watak Willy Wonka juga pernah dimainkan oleh Johnny Depp sebelum ini.

Filem tersebut diarahkan oleh Paul King dan diinspirasikan oleh buku yang dikarang oleh Roald Dahl.

Kali ini, 'Wonka' bertemakan filem muzikal.

Ia menceritakan bagaimana watak utama, Willy Wonka yang obses terhadap coklat menjadi pembuat coklat ternama.


Filem tersebut turut dibintangi Olivia Colman, Keegan Michael Key dan Hugh Grant yang memegang watak sebagai Oompa Loompa.

Wonka akan ditayangkan secara rasmi pada 15 Disember.